Kempen Derma Ramadhan Pekayatim

INGINKAH TUAN/PUAN MENJADI JUTAWAN AKHIRAT?

Tuan/Puan,

Alangkah indahnya pengakhiran hidup kita apabila Allah menjemput kita memasuki syurgaNya melalui pintu sedekah.

Alangkah bahagianya kehidupan abadi kita apabila sedekah RM10 yang kita buat di dunia, Allah membalasnya sehingga 700 kali ganda di akhirat. Ketika tu, kita tersenyum bahagia, “Allah! Aku kaya di akhirat.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah; 261)

Tuan/Puan,

Anak-anak yatim ini tampil sebagai jambatan Tuan/Puan meraih rahmat Allah dan kekayaan di akhirat. Di PEKAYATIM, mereka ini dididik mendalami ilmu agama dan insyaallah, dengan sedekah yang Tuan Puan berikan ini—Anak-anak ini akan menjadi huffaz al-quran.

Di dalam setiap alunan al-quran mereka, terselit pahala yang mengalir untuk Tuan/Puan yang menjadi bekal dan harta abadi milik Tuan/Puan. InsyaAllah.

Kami di PEKAYATIM memberikan perlindungan dan pendidikan percuma buat anak-anak yatim dan asnaf ini. Jika Tuan Puan ingin sama-sama memberikan sinar bahagia buat mereka, Tuan Puan boleh berbuat demikian dengan hanya menekan “Donate Now” di bawah atau terus ke akaun berikut:

  • PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM KELANTAN (PEKAYATIM)
  • Bank Muamalat : 03010001578718
  • Email : pekayatim2010@gmail.com

NOTA: Jika Tuan/Puan membuat transaksi secara online, transaksi Tuan/Puan akan ke Merchant Name: WEB IMPIAN SDN.BHD. Ia adalah ‘payment getaway’ rasmi yang digunakan oleh PEKAYATIM.

Jika Tuan/Puan mempunyai persoalan, Tuan/Puan boleh menghubungi Ustaz Saiful 013-9738637. Tuan/Puan juga boleh layari laman web kami pekayatim.org.my untuk mendapatkan info serta mengetahui aktiviti-aktiviti semasa anak-anak ini.

Kami doakan semoga sedekah Tuan/Puan ini diterima Allah dan diganjari di sisiNya.

Semoga kita sama-sama menjadi jutawan akhirat, insyaAllah. Jika tidak keberatan, kami berharap agar Tuan/Puan boleh memanjangkan mesej kami ini kepada sahabat-sahabat dunia akhirat Tuan/Puan.

Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Membalas setiap kebaikan Tuan/Puan.

RM 10.00
Caj transaksi payment gateway Bayarcash sebanyak
Personal Info

Donation Total: RM10.00

{amount} donation plus {fee_amount} to help cover fees.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah: